OctaFX merupakan Broker Forex Terbaik Asia 2018
Hasil daripada usaha keras kami pada tahun 2018, kami telah dianugerahkan sebagai Broker Forex Terbaik Asia 2018. Anugerah ini diberikan oleh Global Banking and FInance, sebuah portal dan majalah kewangan dalam talian.
Sebagai broker pilihan kebanyakan pedagang, kami telah berjaya mengukuhkan kedudukan kami di rantau ini tiga kali ganda lebih baik sepanjang tahun itu. Tiga kali ganda lebih ramai pengguna yang menyertai OctaFX pada tahun 2018. Semua pedagang baru amat menghargai kami, yang dibuktikan dengan bilangan klien aktif yang bertambah sebanyak tiga kali ganda. Kami amat berbesar hati dan berterima kasih kepada para pedagang dan rakan kongsi baru yang menyertai kami pada tahun ini kerana tanpa anda, kami pasti tidak dapat mencapai kejayaan ini.
Untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada semua pedagang baru dan profesional, IB serta para pelabur pada tahun 2018, selain daripada menawarkan platform yang mudah serta syarat yang menguntungkan, kami turut melancarkan pelbagai jenis kempen pada skala global dan tempatan.
- Sebagai tambahan kepada bonus deposit 50% harian, kami turut meningkatkannya kepada 100% selama 62 hari daripada 252 hari dagangan, atau pada setiap hari keempat setiap tahun.
- Kami turut memperkenalkan penggalak baru untuk dagangan anda, termasuk rebat dan leveraj 1:1000 yang dipertingkatkan.
- Kami juga telah menambah dana percuma kepada akaun dagangan anda dan pelaburan salin dagangan anda sebagai tanda terima kasih kami kepada ada.
- Malah, kami turut melancarkan pertandingan untuk para pedagang dan rakan kongsi kami agar semua orang dapat memenangi pelbagai telefon pintar dan kereta mewah.
Menjadi yang terbaik tidak semestinya tiada cabaran yang perlu kami tempuhi. Pelbagai idea yang ingin kami realisasikan. Anugerah ini dan pengiktirafan anda cukup untuk memberi motivasi kepada kami untuk terus berusaha, dan kami sememangnya sudah berusaha gigih untuk melakukan pelbagai penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang kami tawarkan.