Kami bekerjasama dengan Delhi Capitals untuk menyokong bantuan COVID-19
Bersama-sama dengan Delhi Capitals, kami telah mengambil langkah-langkah untuk menyokong bantuan COVID-19 di India. Dengan kerjasama Hemkunt Foundation, kami akan membekalkan peralatan perubatan kepada hospital tempatan di beberapa negeri.
Sebagai broker global dan rakan kongsi rasmi Delhi Capitals, kami bertekad untuk memberi sokongan kepada komuniti tempatan di India. Hari ini, kami memperkenalkan usaha bantuan tambahan untuk membendung keadaan darurat kesihatan di negara ini.
Delhi Capitals dan kami telah bekerjasama dengan Hemkunt Foundation untuk mengambil langkah-langkah sepatutnya bagi memerangi wabak ini dan memberikan bantuan perubatan kepada mereka yang memerlukan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif #O2FORYOU, 22 unit 10L pemekat oksigen untuk rawatan akan dihantar kepada institusi-institusi perubatan.
Vinod Bisht, Ketua Pegawai Eksekutif interim Delhi Capitals, merumuskan, ‘Pasukan kami sangat berterima kasih kepada OctaFX, rakan niaga rasmi kami, kerana tampil ke hadapan dan memberi sumbangan dalam memerangi pandemik ini di India. Setiap sumbangan sangat diperlukan dalam membantu komuniti kami mendapat perhatian dan penjagaan yang mereka perlukan tepat pada masanya. Bersama-sama, dengan sumbangan setiap orang, kami berharap bandar kami pulih dengan lebih cepat.’
Dana telah diperuntukkan, dan kini Hemkunt Foundation akan menghantar peralatan kepada empat hospital di Delhi, Gurgaon, Mumbai, dan Bangalore dalam masa terdekat.