Berita Syarikat
Back

Copytrading OctaFX: hanya bayar apabila pelaburan anda berkembang

Kami telah memperkenalkan komisen jenis baru untuk salin dagangan—perkongsian hasil. Ia dinyatakan sebagai peratusan daripada pendapatan pelaburan anda. Apabila anda menyalin Pedagang Pakar yang mengenakan caj perkongsian hasil, anda hanya perlu membayar komisen jika pelaburan anda menjana keuntungan dan jumlahnya tidak akan melebihi pendapatan anda.

Dengan ini, sekiranya Pedagang Pakar yang anda ikuti tidak mendapatkan keuntungan yang lumayan dan pelaburan anda tidak berkembang, anda tidak perlu membayar apa-apa. Tetapi, jika Pedagang Pakar yang anda ikuti menjana keuntungan yang lumayan (dan begitu juga dengan pelaburan anda), jumlah komisen akan meningkat.

Pedagang Pakar mungkin menetapkan perkongsian pelaburan mereka daripada 1% kepada 50%. Jika Pedagang Pakar memutuskan untuk menukar perkongsian, syarat ini hanya akan dikenakan kepada Penyalin baru. Pedagang yang sudah sedia menyalin dagangan Pedagang Pakar perlu membayar komisen yang mereka langgani pada mulanya.

Apabila mencipta Akaun Pakar, pedagang boleh memilih antara dua jenis komisen untuk mengenakan caj kepada pengikut mereka. Caj pertama (bagi setiap satu lot) dikenakan caj bagi setiap lot yang didagangkan oleh Penyalin dan disebut dalam dolar Amerika. Caj baru (perkongsian hasil) merupakan peratusan daripada keuntungan Penyalin. Caj baru berpotensi untuk memberikan lebih banyak komisen kepada Pedagang Pakar yang benar-benar berjaya.

Penambahbaikan

10,000 hadiah Berdagang & Menang dihantar ke seluruh dunia

Lebih banyak anda berdagang, lebih banyak hadiah yang boleh anda tuntut. Pada masa ini sebanyak 10,000 dan bilangannya semakin bertambah dengan pantas! Kami suka memberikan hadiah dan kami berasa gembira anda menyukainya.
Baca lagi Previous

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

Pasukan OctaFX dengan ikhlas mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. kepada para pedagang.
Baca lagi Next