Pusat muat turun
ARAHAN MENGENAI CARA UNTUK MENGALIH KELUAR PERISIAN METATRADER 5
Sekiranya anda ingin mengalih keluar Terminal OctaTrader MT5 daripada PC anda, sila ikut arahan di bawah.
Sila ambil maklum bahawa lakaran yang kami berikan mungkin berbeza daripada pandangan peribadi pada desktop dan tetapan menu anda, walau bagaimanapun, ia menunjukkan gambaran am mengenai proses pemadaman MT5.
-
1
Klik pada butang Start
Cari Octa MetaTrader 5 dalam All Programs
-
2
Klik pada ikon Nyahpasang
Buka folder Octa MetaTrader 5 dan cari ikon Nyahpasang - klik ikon tersebut.
-
3
Klik Ya untuk teruskan
Sebuah tetingkap keselamatan akan muncul dan meminta pengesahan sama ada anda pasti untuk menyahpasang program, atau mungkin tidak muncul bergantung pada tetapan sistem dan keselamatan anda, namun sekiranya muncul, anda perlu memilih "yes" untuk teruskan.
-
4
Tetingkap nyahpasang akan muncul.
-
5
Data peribadi
"Delete personal data option" (opsyen padam data peribadi) akan mengalih keluar semua tetapan peribadi daripada PC anda, dan mungkin berguna sekiranya anda tidak berhasrat untuk memasang semula perisian tersebut pada PC yang sama. Anda juga boleh memilih opsyen ini sekiranya anda ingin mengubah tetapan dan carta bagi perisian yang dipasang semula.
-
6
Sahkan penghapusan
Sahkan proses penyingkiran dengan mengklik butang "Next". Klien MT5 akan dinyahpasangkan.
-
7
Klik "Finish"
Untuk Selesaikan proses ini, klik "Finish". Klien MT5 telah berjaya dinyahpasang.
-
8
Nyahpasang aplikasi mudah alih
Untuk mengalih keluar klien MT5 daripada peranti mudah alih anda perlu mengikuti langkah mudah berikut:
- Untuk iPhone/iPad: Tahan jari anda pada ikon pedagang MT5 sehingga tanda silang muncul pada bahagian atas sebelah kiri ikon tersebut, klik pada tanda silang tersebut dan sahkan proses dengan memilih opsyen "Delete". Tekan butang "Home" setelah aplikasi dialih keluar.
- Untuk memadam MT5 daripada Android, pergi ke menu tetapan, pilih menu sistem, pilih "remove program". Satu senarai aplikasi yang telah dipasang akan dipaparkan untuk memudahkan anda mencari aplikasi yang ingin dialih keluar. Pilih MT5 dan klik pada butang "Remove".