1. Pengenalan
1.1 OctaMarkets Incorporated (selepas ini – ‘Syarikat’) menjalankan Pertandingan IB di Malaysia dan Singapura (selepas ini –‘Pertandingan') untuk pelanggan yang berdaftar di laman OctaFX (selepas ini – ‘Laman’) sebagai broker pengenalan dari Malaysia dan Singapura (selepas ini – ‘Rakan Kongsi’).
1.2. Peraduan bermula pada 21 Februari 2022 (12 tengah hari EEST) (selepas ini- ‘Tarikh Mula) dan berakhir pada 15 April 2022 (11:59 malam EEST) (selepas ini – ‘Tarikh Akhir’).
1.3. Hadiah-hadiah peraduan adalah:
1.3.1. Volkswagen Tiguan 1.4
1.3.2. Baucar untuk sewa pejabat IB atau mengubah suai, bernilai USD10,000
1.3.3. MacBook Pro
1.3.4. iPad Pro
1.3.5. iPhone 13.
1.4. Pendaftaran untuk Peraduan berakhir pada 8 April 2022 (11:59 malam EEST).
1.5. Halaman rasmi Peraduan (selepas ini-‘Halaman Peraduan’) di hantar di https://www.octafx.com/ib/ib-contest-malaysia/
2 Penyertaan
2.1. Untuk layak menyertai Peraduan, pihak Rakan Kongsi mesti menekan butang ‘Ambil Bahagian’ di Halaman Peraduan
2.2. Pada masa Rakan Kongsi menekan butang ‘Ambil Bahagian’ di halaman Peraduan ke tarikh akhir Peraduan di panggil Masa Penyertaan.
2.3. Pekerja atau individu yang menerima gaji daripada Syarikat tidak layak menyertai Peraduan.
3 Penentuan Keputusan
3.1. Formula yang digunakan untuk menentukan pemenang adalah seperti berikut: deposit bersih tolak pengeluaran), dibahagi dengan 20, campur dengan jumlah lot yang didagangkan oleh rujukan Rakan Kongsi di perkhidmatan Syarikat, yang akan menjana jumlah mata untuk Rakan Kongsi.
3.2. Jika Rakan Kongsi mendaftar untuk Peraduan sebelum Tarikh Mula, Mata dikumpul untuk tujuan Peraduan daripada Tarikh Mula sehingga akhir Peraduan.
3.2.1. Jika Rakan Kongsi mendaftar dalam Peraduan selepas Tarikh Mula, Mata dikumpul untuk tujuan Peraduan dari momen Rakan Kongsi itu menekan ‘Ambil Bahagian’ di Halaman Peraduan sehingga akhir Peraduan.
3.3. Volum yang didagangkan oleh Rakan Kongsi di akaun dagangan beliau dan depositnya tidak dikira untuk tujuan Peraduan.
3.4. Volum yang dihitung sebagai komisen IB Master tidak dikira untuk tujuan Peraduan.
3.5. Hanya deposit bersih dan volum perdagangan yang dibuka dan dibuat selepas momen Rakan Kongsi mendaftar untuk Peraduan dan ditutup sebelum masa akhir Peraduan dikira untuk tujuan Peraduan.
3.5.1. Deposit bersih rujukan Rakan Kongsi terlibat dalam OctaFX Copytrading dan perdagangan yang disalin beli Rakan Kongsi sedemikian dikira sebagai yang terdapat dalam klausa 3.5. daripada ini untuk tujuan Peraduan (aktiviti salin dagangan rujukan dikira sebagai aktiviti Peragangan).
3.6. Hanya volum daripada Pesanan Sah dikira untuk tujuan Peraduan.
3.6.1. Pesanan Sah adalah pesanan yang Rakan Kongsi menerima komisen untuk nya.Pesanan dianggap sebagai Pesanan Sah jika ia bertahan untuk 180 saat atau lebih, memiliki sekurang-kurangnya 30 mata (3 pips), perbezaan antara harga buka dan tutup dan tidak ditutup dengan cara Partial close atau Multiple close by.
4. Pemenang dan Hadiah
4.1. Tidak ada kelayakan tertentu untuk menyertai, selain daripada yang dinyatakan dalam klausa 2.1 dan 2.3.
4.2. Tahap pertama hadiah adalah sebuah kenderaan Volkswagen Tiguan 1.4
4.2.1. Warna dan konfigurasi kereta yang ditunjukkan dalam bahan promosi Peraduan mungkin berbeza daripada produk sebenar.
4.2.2. Jika kereta yang dihadiahkan tidak terdapat di wilayah anda, Syarikat berhak menukarkan tahap pertama hadiah dengan kenderaan yang sama harga.
4.2.3. Rakan Kongsi yang mengumpul jumlah terbesar Mata pada akhir Peraduan memenangi hadiah tahap pertama.
4.3. Hadiah tahap kedua adalah satu baucar sewaan pejabat IB atau mengubah suai pejabat bernilai USD10,000.
4.3.1. Rakan kongsi yang mengumpul Mata kedua tertinggi pada akhir Peraduan memenangi hadiah tahap kedua.
4.3.2. Syarikat membayar sebarang perbelanjaan sewa, pengubahsuaian, atau perbelanjaan kelengkapan untuk pejabat Rakan Kongsi mengikut pilihan mereka dan menuntut pemenang hadiah kedua sebagai benefisiari perkhidmatan berkaitan baucar ini.
4.3.3 Syarikat tidak bertanggungjawab ke atas kualiti, perkhidmatan sebarang ejen terbabit termasuk tetapi tidak terhad kepada pekerja, kontraktor, atau pembekal.
4.3. Hadiah tahap ketiga adalah satu MacBook Pro baharu.
4.4.1. Rakan Kongsi yang mengumpul jumlah Mata ketiga tertinggi pada akhir Peraduan memenangi hadiah tahap ketiga.
4.4. Hadiah tahap ke-empat adalah satu iPad Pro baharu
4.5.1. Rakan Kongsi yang mengumpul Mata keempat tertinggi pada akhir Peraduan memenangi hadiah tahap keempat
4.5. Hadiah tahap kelima adalah satu iPhone 13 baharu.
4.6.1. Rakan Kongsi yang mengumpul Mata kelima tertinggi pada akhir Peraduan memenangi hadiah tahap kelima.
4.6. Nama pertama atau nama gelaran pemenang dihantar di Laman selama 15 Hari selepas Peraduan
4.7. Pengurus peribadi pemenang menghubungi mereka dalam masa tujuh hari bekerja selepas tarikh tamat Peraduan untuk menyusun bila dan bagaimana hadiah-hadiah akan di hantar.
4.8.1. Jika pemenang tidak dengan bersungguh-sungguh mengesahkan mereka akan menuntut hadiah dalam jangka 60 hari kalendar dari Tarikh Akhir (melalui telefon, melalui pemesejan, melalui sembang langsung), Syarikat berhenti mencuba menghubungi pemenang tersebut berhubung perkara ini, dan hadiah tidak diberikan.
4.9. Pemenang berjanji untuk menyediakan dokumen asal yang dikeluarkan oleh badan negeri mereka. Dokumen-dokumen tersebut hendaklah sah pada tarikh akhir Peraduan dan hendaklah mengandungi nombor siri, foto pemenang, dan tarikh lahir pemenang.
4.10. Sekiranya pemenang tidak dapat untuk menerima hadiah, perjanjian amanah boleh dibuat untuk orang lain oleh kuasa wakil.
4.11. Jika hadiah tidak terdapat di negara pemenang di atas sebab-sebab tertentu, Syarikat berhak untuk menukar hadiah untuk produk lain dengan jenis yang sama dan harga yang serupa.
5. Pelbagai
5.1. Syarikat akan meneliti latar belakang pemenang, kesahihan mereka, kesahihan maklumat, dan kemungkinan terdapat pelanggaran. Sekiranya terdapat sebarang isu sedemikian, Syarikat berhak untuk membatalkan keputusan Peraduan.
5.2. Syarikat berhak untuk mengubah terma dan syarat promosi tanpa pemberitahuan terlebih dahulu
5.3. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan teknikal dan/atau gangguan dalam sambungan internet di bahagiani pelanggan atau perkhidmatan pihak ketiga, yang secara langsung atau tidak langsung menjejaskan penyertaan pelanggan dalam Peraduan ini.
5.4. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan atau gangguan dalam operasi perkhidmatan atau penghantaran data, atau kegagalan prestasi dalam sistem OctaFX, tanpa sebarang sebab, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kerosakan perkakasan atau perisian, atau gangguan dalam operasi sistem OctaFX.
5.5. Sebarang pertikaian yang timbul daripada Peraduan dan keputusannya adalah tertakluk pada penyelesaian melalui rundingan.
5.6. Versi Bahasa Inggeris daripada ini kekal. Sebarang terjemahan di sini, halaman Peraduan, dan statistik adalah untuk rujukan sahaja. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi lain bahan-bahan ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
5.7. Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan peserta berdasarkan budi bicara mereka semata-mata.
5.8. Pemenang berjanji untuk mengambil bahagian dalam majlis anugerah dan sebarang acara Perhubungan awam yang berkaitan dengan Peraduan. Bahan-bahan terkumpul boleh digunakan oleh Syarikat mengikut budi bicara mereka sendiri.
5.9. Syarikat membenarkan pemenang untuk mendapatkan Hadiah Utama di pengedar kereta terdekat dengan mereka di mana kereta tertentu atau yang serupa boleh didapati.
5.10. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap tempoh penghantaran melalui perkhidmatan pos atau kurier, atau kemungkinan kehilangan hadiah semasa penghantaran yang disebabkan oleh pihak ketiga.
5.11. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang caj cukai yang mungkin perlu dibayar oleh pemenang dalam bidang kuasa mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai harta, cukai kenderaan, cukai jalan, atau lain-lain yuran).
Apendiks 1
1. Dalam tempoh Peraduan, Syarikat mengadakan hadiah rawak (selepas ini—'Hadiah Percuma Apple Watch Siri 7') dalam kalangan peserta Peraduan
1.1. Hadiah-hadiah Percuma adalah sepuluh Apple Watch Siri 7
1.2. Untuk mengambil bahagian dalam Hadiah Percuma Apple Watch Siri 7, Rakan Kongsi perlu menekan 'Ambil Bahagian' pada Halaman Peraduan.
1.3. Untuk layak dalam cabutan Hadiah Percuma Apple Watch Siri 7, Rakan Kongsi perlu mengumpul dan memegang 1,000 Mata atau lebih pada masa Peraduan berakhir.
1.4. Cabutan berlangsung pada hari selepas tarikh akhir Peraduan selepas pemenang Peraduan telah ditentukan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam Klausa 4 Terma dan Syarat ini.
1.5. Pemenang Peraduan (Rakan Kongsi yang telah memenangi hadiah yang dijamin dalam Peraduan) tidak boleh menyertai Hadiah Percuma Apple Watch Siri 7.
1.6. Daripada semua Rakan Kongsi yang layak untuk cabutan Hadiah Percuma Apple Watch Siri 7 tidak termasuk pemenang Peraduan, sepuluh pemenang Hadiah Percuma Apple Watch Siri 7 akan dipilih secara rawak.
1.7. Jika kurang daripada sepuluh Rakan Kongsi akan layak untuk Hadiah Percuma Apple Watch Siri 7 pada tarikh akhir Peraduan, lebihan Hadiah Percuma tidak akan diberikan.
1.8. Jika Rakan Kongsi dibatalkan kelayakan untuk Peraduan dengan apa-apa sebab yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini secara nyata atau tersirat, Rakan Kongsi tersebut juga akan hilang kelayakan daripada Hadiah Percuma.
1.9. Syarikat mengumumkan pemenang dalam masa dua hari kalendar selepas cabutan di laman web Syarikat dan/atau melalui akaun rangkaian sosial Syarikat.
1.10. Jika pemenang tidak mengesahkan dengan jelas kehendak mereka untuk menuntut hadiah dalam masa 60 hari kalendar dari tarikh Hadiah Percuma Apple Watch Siri 7 (melalui telefon, melalui pemesejan, melalui sembang langsung Sokongan Pelanggan, atau dalam bentuk lain), Syarikat berhenti cuba menghubungi pemenang tersebut mengenai perkara ini, dan hadiah itu tidak diberikan.
1.11. Syarikat berjanji untuk menguruskan penghantaran hadiah kepada Rakan Kongsi.