Kalkulator dagangan
Melihat keperluan margin adalah penting. Sekiranya tahap ekuiti anda jatuh di bawah 15% daripada margin yang diperlukan, beberapa atau semua kedudukan semasa anda akan ditutup secara paksa untuk mengelakkan kerugian berlanjutan—yang dipanggil sebagai Stop Out. Kami akan menghantar pemberitahuan kepada anda yang dikenali sebagai panggilan margin apabila tahap ekuiti anda jatuh kepada 25% daripada margin keseluruhan. Ia akan memberikan anda masa untuk membuat deposit tambahan atau menutup beberapa pesanan secara manual.
Kalkulator margin Octa Forex membantu anda menentukan saiz margin yang anda mesti kekalkan dalam akaun dagangan anda untuk menyokong kedudukan terbuka. Anda juga boleh menggunakannya untuk mengira nilai pip pesanan tertentu atau mengoptimumkan leveraj anda. Kalkulator ini merupakan alat yang penting untuk setiap trader—ia membantu anda mencegah Stop Out dan menguruskan risiko anda dengan baik.
Cara untuk mengira margin menggunakan kalkulator
Untuk menentukan saiz margin yang diperlukan untuk pesanan yang dirancang, pilih tab dengan platform dagangan pilihan: MetaTrader 4, MetaTrader 5, atau OctaTrader. Pilih pasangan mata wang, mata wang akaun anda, tahap leveraj, dan volum dagangan. Akhir sekali, tekan butang Kira. Margin akan dikira secara automatik menggunakan spesifikasi platform dagangan pilihan. Angka ini menunjukkan berapa banyak dana yang anda perlukan untuk membuka pesanan anda dengan leveraj semasa.
Cara menggunakan kalkulator untuk mengoptimumkan leveraj
Anda juga boleh menggunakan kalkulator margin Forex Octa untuk melaraskan leveraj anda.
Pilih pasangan mata wang, mata wang akaun anda, tahap leveraj dan volum dagangan. Akhir sekali, tekan butang Kira. Margin akan dikira secara automatik menggunakan spesifikasi platform dagangan yang dipilih. Nombor ini menunjukkan jumlah dana yang anda perlukan untuk membuka pesanan anda dengan leveraj semasa. Jika saiz margin yang dikira untuk pesanan lebih besar daripada dana anda yang tersedia, cuba pilih nisbah leveraj yang lebih tinggi.
Contoh: cara untuk mengoptimumkan leveraj
Katakan anda ingin membeli lot standard EURUSD menggunakan leveraj 1:100 dan mempunyai USD 600 dalam akaun anda. Kalkulator mengatakan yang anda memerlukan USD1,064.54 untuk membuat pesanan. Jika anda menukar leveraj anda kepada 1:200, margin akan menjadi USD532.27. Sekarang, anda boleh membuat pesanan tersebut sebaik sahaja anda meningkatkan leveraj dalam tetapan akaun anda.
Cara menentukan saiz lot dengan kalkulator
Anda juga boleh menggunakan kalkulator untuk memilih saiz lot yang optimum. Sebelum membuat pesanan, bandingkan ekuiti anda yang tersedia dengan margin yang diperlukan dan pilih saiz pesanan anda sewajarnya.
Contoh: cara mendapatkan saiz lot yang optimum
Sebagai contoh, anda ingin membeli 10 lot EURUSD dengan leveraj 1:500 dan mempunyai USD1,500 dalam akaun anda. Kalkulator mengatakan yang anda memerlukan USD2,141.88 untuk melakukannya. Cuba tukar volum pesanan anda—anda boleh membeli 7 lot dengan harga USD 1,499.05 dengan dana anda yang tersedia. Walau bagaimanapun, terdapat juga pilihan untuk mendepositkan USD 641.88 lebih dan membeli 10 lot.
Berapa banyakkah satu pip dalam Forex?
Pip adalah unit terkecil perubahan harga dalam Forex. Maknanya berbeza-beza untuk instrumen dagangan yang berlainan:
- untuk pasangan mata wang 5 digit—perpuluhan ke-4 (0.0001)
- untuk pasangan mata wang 3 digit dan XAGUSD—perpuluhan ke-2 (0.01)
- untuk XAUUSD, XPDUSD, XBRUSD, XTIUSD—perpuluhan pertama (0.1)
- untuk indeks (kecuali JPN225)—perpuluhan pertama (0.1)
- untuk JPN225—perpuluhan ke-4 (0.0001).
Contoh: cara menggunakan nilai pip
Katakan anda ingin membeli lot standard EURUSD, dan harga pada ketika ini berada pada 1.0762. Nilai pip yang dikira untuk dagangan ini ialah USD10. Ini bermakna jika harga jatuh ke 1.0761, atau menurun satu pip, anda akan kerugian USD10. Dan jika ia meningkat kembali kepada 1.0762,, atau menaik 1 pip, anda akan memperoleh USD10.